Siapa tidak kenal dengan pelakon Rozita Che Wan dan Ayu Raudah. Adik beradik ini memang sering mendapat perhatian ramai kerana kecantikan mereka yang semulajadi. Namun siapa sangka sebenarnya mereka juga mempunyai adik beradik lain yang jelita iaitu Ruby Che Wan.
Semua sedia maklum, Ruby merupakan isteri kepada pelawak terkenal, Lan Pet Pet. Baru-baru ini tersebar fotonya yang kini dilihat sudah berhijab labuh selepas pulang dari Mekah. Ramai juga memuji penampilan baru isteri Lan Pet Pet ini yang lebih sopan. Memang cantik betul!
“Alhamdulillah. Ini hadiah dari Allah” – Lan Pet Pet luah rasa syukur
Pelawak Lan Pet Pet meluahkan rasa syukur apabila mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya, Ruby Che Wan di ulang tahun perkahwinan yang ke-9.
Pelawak Lan Pet Pet meluahkan rasa syukur apabila mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya, Ruby Che Wan di ulang tahun perkahwinan yang ke-9.
Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad memberitahu berita gembira itu menerusi entri terbaharu di akaun Instagramnya semalam.
“Alhamdulillah. Ini hadiah dari Allah mendapat panggilan Haji pada hari ulang tahun perkahwinan kami. Hari ni kami berangkat ke Tanah Suci menunaikan Haji 2017.
“Di kesempatan ini, saya bersama isteri memohon AMPUN dan MAAF sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami.
“Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, dikurniakan kesihatan yang sempurna dan kekuatan rohani dan jasmani sepanjang menunaikan segala ibadah dan ziarah dan memperoleh Haji mabrur serta Redha Allah SWT.
“Insya Allah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan untuk seluruh umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yang belum menunaikan Haji pada tahun akan datang insya Allah. Labaikallah,” tulisnya.
Dalam pada itu, isterinya yang merupakan adik aktres Rozita Che Wan, Rubytah Abu Bakar @ Che Wan turut berkongsi foto terbaru mereka di tanah suci sebentar tadi.
“Alhamdulillah selesai Umrah pertama kami. Syukur Allah mudahkan segala urusan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Semua kemudahan Allah beri atas doa anda semua,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Lan dan Ruby telah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2008.
Sumber – Sweet Nutella